Thursday, April 7, 2011 0 comments

KAWALAN MINDA:RED HERRING

Cuba kita perhatikan mengenai isu-isu besar di dalam negara kita, contohnya judi, arak, gejala sosial, buang anak dan sebagainya. Isu ini adalah perkara besar dan perlu perhatian dan tindakan yang segera. Namun apa yang terjadi? Ianya semakin hari semakin hilang dari tumpuan media, dan dalam masa yang sama, kerajaan dan pihak-pihak tertentu dengan menggunakan platform media sibuk 'menggoreng' isu remeh temeh sehingga orang ramai 'terlupa' mengenai isu yang besar tadi, dan ianya terus berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Kenapa hal seperti ini berlaku? Apa sebenarnya yang berlaku??

Kali ini, kita akan meneliti hasil kajian yang saya petik daripada blog saudara SHAHi (ksz-associate.blogspot.com) untuk sama-sama kita mencari jawapan mengenai persoalan di atas. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada kita semua. ~

0 comments

BLAME GAME

A menuduh B dalam isu remeh-temeh
B pula menuduh A
C akhirnya dibiar terpinga-pinga…
D hanya memerhati

Siapa benar dan siapa pula yang salah?

C tetap dibiar terpinga-pinga...
D terus memerhati dan mencatat
A punya alasan tersendiri untuk menyalahkan B
B juga ada alasan tersendiri untuk menyalahkan A

C terus terpinga-pinga..
D masih memerhati, masih mencatat

Alasan yang diberikan A ada bernasnya
Alasan yang diberikan B juga ada dasarnya

C sekali lagi tertanya-tanya..
D mula berhati-hati, terus mencatat

Pihak mana harus C percaya?

A kelihatan benar, kelihatan salah juga ada kemungkinannya
B juga tidak semestinya salah, benar pun tidak juga
D cuba memulihkan keadaan, membentangkan semua kenyataan yang dibuat A dan B

C terus keliru. Mahu atau tidak, C harus buat pilihan
Membuat pilihan ketika A dan B saling salah-menyalahkan
D berjaga-jaga sambil mengajak C dan semua abjad yang lain mula berfikir
C terjerat dalam kekeliruan kompleks..

C harus mencari siapa sebenarnya yang salah, mungkin D akan dipersalahkan
C hanya diberi satu pilihan iaitu sama ada mempercayai A atau B,
Sekali lagi D adalah pilihan terbaik untuk dipersalahkan

C sebenarnya terjerat dalam… The Blame Game

Dimana C dan D, kedua-duanya adalah mangsa
Abjad-abjad yang lain juga sama-sama menjadi mangsa..
Tetapi D rela dipersalahkan jika C dan abjad-abjad lain rela berfikir
A mendapat untung
B juga mendapat untung

Akhirnya, A dan B masing-masing menuduh D
D dipersalahkan, A dan B masing-masing berjaya menyelamatkan diri
C, D hingga Z semua memberi untung kepada A dan B
Pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Blame Game

0 comments

Kebenaran Agama Islam: Dua Rahsia Sulit Terbesar Kristian



.
Kebenaran Agama Islam: Dua Rahsia Sulit Terbesar Kristian
Wednesday, April 6, 2011 0 comments
Alhamdulillah,blog ini sempurna akhirnya.Setelah didesak oleh sahabat untuk memulakan sebuah blog bagi diabadikan semua artikel yang x muat dalam pendriveku.
Semoga Allah memberkati setiap orang yang membaca artikel ku.
Semoga artikel-artikel yang di postkan di dalam blog ini akan mengenyangkan jiwa-jiwa yang laparkan ilmu dan jamuan rohani.
Saya sajikan buat anda "inti lebih" berbanding "tepung salut nipis".
 
;